Saturday 21 March 2009

Lame rasa tak menulis...

Assalamualaikum kpd semua..

Lama rasa aku tak menulis kt blog ni. Bile rasa malas tu sampai mulala dia meleret2. Dah 2 bulan kerja ngan FELDA. boleh tahan tuff jugakla kerja ngan FELDA ni, mencabar dan fun..sume staff kat sini average umur diorang around 40-50 dan ramai yang akan bersara start tahun ni ngan tahun depan. Aku suka kerja ngan diorang sume coz banyak benda yg kita leh ambil as a rujukan dan panduan untuk kita kenal lebih FELDA ni. skop kerja pulak aku dok kat bhgn HR (Bidang aku kt uum ni)..pekerja ramai yang nk kena handle, tu belum lg yg nak tanye bnda mcm2, aku mn la mahir lagi ngan benda2 tu sume..so ape yg bos borak kt tepon tu aku dengar je la. nak tanye lebih2 nanti silap2 aku yg kena takeover keje dia:-)..

Walaupun masih dalam training (br 2 bulan), byk gak tanggungjawab yg diorang dh serah kat aku. hari isnin ngan selasa lepas (16 n 17 MAC) aku dah kena ikut bos pegi JENGKA ngan KUANTAN (1st time aku pegi sana)..layanan staff di wilayah sumenye mantap!..keje cket diorang ajak makan, keje makan je la aku kt sana..sume fully support..lunch makan ikan patin masak lemak. aku tak makan pn tp tengok mcm sedap..malam plak diorang ajak pegi TG. LUMPUR, makan ikan bakar..mak oi, sedap bukan main..aku belasah ikan siakap tu smpai licin, menjilat jari. Tido plak kt Hotel GRAND CONTINENTAL KUANTAN. Boleh tahan gak selesa bilik tu tp cume towel je dia x bg. mintak smpai 2 kali br nk bg. aku x kesah pun tp bos aku kesah. aku kesah gak sebenarnya coz aku tak bawak towel..huhu..

Esok pulak (22 Mac 2009) aku nak kena pegi SEGAMAT plak ngan bos gak..malam tu bos ade bg talk cket kt pekerja2 baru so aku kena follow la gak coz lusanya (23 Mac 2009) nak kena ke BANDAR TENGGARA (KLUANG) plak coz ade meeting pasal siasatan dalaman mane2 D'Mart yg shortage..Tulatnye plak (24 Mac 2009) nak kena ke KOTA TINGGI plak untuk bg sumbangan kepada staf FELDA (beliau bersara awal atas masalah gangguan kesihatan)..Sumbangan Tabung Kebajikan Syarikat ni diberikan kepada beliau atas sumbangan dan kudrat yang sudah disumbang kepada syarikat selama ni..Balik kampung aku kt KOTA TINGGI tp tak singgah la kot kt SEMENCHU coz kitorang akan tros balik lepad serahkan cek sumbangan tu..

Tanggal 29 MAC 2009 plak aku akan menerima IJAZAH pertama ku secara rasmi masa Hari Konvokesyen tu nanti. aku dah rembat cuti siap2 2 hari (jumaat ngan isnin). so sume keje aku tggalkan kt ofis. seronok gak rasa kat hati ni lepas 3 tahun berhempas pulas, perah kepala hotak ni balaja akhirnye berjaya gak aku KONVO. target aku sebelum konvo dh dapat keje dh pn aku capai. naik keje nanti plak, 6 April 2009 aku kena pegi SERTING la plak..Aduh, asyik berjalan je, mau kematu jugak punggung aku ni nnt..x senang betul br nk dok rilex2 kt pejabat. tp nk wat mcm mn, tu dah jadi satu tanggungjawab kita sebagai seorang yang ade tanggungjawab. so terimalah dengan hati yang terbuka.

Yang penting kita happy selalu dengan ape juga yang kita buat. Lenguh pulak badan ni baru je balik dari KLCC. Kagum betul aku tengok menara berkembar tu. tengok puncak sampai sakit2 tengkok. masalah betul..Nanti lain kali nak naik jejantas kt tingkat 40 tu plak. Walaupun sebelum ni pernah naik kat sana tapi dah lama. Rasa nak naik lagi coz leh nampak permandangan KL yang cantek (sebelum banjir cantikla)..MR