Thursday 7 May 2009

MU Menang!

Yeye..MU menang lagi..pasukan feveret aku ni menang dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah ke atas Arsenal 3-1 dan aggregat nyer pulak 4-1. Nampaknya tahun ni memang tahun MU la nampaknya. Walaupun dah terlepas satu piala tapi masih ada 2 piala yang akan dikejar oleh MU (2 lagi rasanya semua dah sedia maklum ade dah kat dalam kabinet Ofis MU)..Ronaldo sekali lagi membuktikan yang dirinya memang layak pegang title sebagai pemain terbaik dunia apabila menjaringkan 2 gol. Tak lupa juga kepada Park Ji Sung yang menjaringkan gol pembukaan MU.
Pada aku pemain paling rajin kat atas padang adalah Si Korea ni..Jarang nampak dia berjalan, selalu je berlari. Agaknya dia ada 2 jantung kot..Tapi tak patutla pulak Fletcher kena kad merah walhal bukan disengajakan perbuatan Fletcher ni..Ala, terlajak sikit je pun, bukan teruk sangat..Tapi kira ok la tu kan. Kalau tak, tak dapatlah Arsenal gol sagu hati. Tapi yang paling aku tabik adalah penjaga gol pujaan ramai ni iaitu Edwin Van Der Sar. Walaupun dah veteran, tapi aksi yang dia tunjuk tak macam player veteran main dan masih lagi menyengat macam waktu muda2..Rasanya dia ni lebih layak diangkat sebagai lagenda Goalkeeper MU berbanding dengan Peter Schumichel (Tak reti aku nak eja nama dia)...
Lawan kat Final nanti siapa? nampaknya takde la rezeki Chelsea berjumpa MU sekali lagi dalam Final tahun ni sebab hanya mampu seri 1-1 dengan Barcelona namun mereka Tewas kerana gol di tempat lawan..Barcelona ni takdela hebat sangat pun walaupun ada beberapa pemain terbaik dunia (Messi)..Game semalam Barcelona bernasib baik dapat jaringkan gol di saat2 akhir (Iniesta, m.90+2)..Rasa macam tak adil tapi inilah bola sepak..Yang pasti pada perlawanan akhir nanti turn Barcelona pulak kena 'TITIK' dengan MU!