Saturday 20 March 2010

Posting Pertama Aku Tahun 2010

Assalamualaikum dan Selamat Pagi diucapkan kepada pembaca blog ni. Selepas lama blog ni bersawang, aku dah mula nak menulis semula untuk tahun 2010 ni. Sepanjang tahun lepas memang banyak cite2 menarik, suka dan duka yang aku tempuh tapi ada beberapa insiden yang rasanya aku xleh lupa. Kereta aku yang baru kuar 4 hari dah pun terbabas melanggar divider kat highway Temerloh. Untuk pengetahuan, Isnin tu aku ke Temerloh untuk ke Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Temerloh (ada kes). Mungkin kerana terlampau penat dan mengantuk (Semalamnya aku P Melaka, sampai umah lewat..huhuhu..)..Dalam sedar tak sedar tu, aku sedar2 je kereta aku dh menghimpit ke tepi divider, kereta nyaris gagal dikawal..nasib baik ada divider yang selamatkan, kalau tidak ke gaungla gamaknya.




Kami berhenti rehat jap di Kawasan Rehat Lanchang untuk tengok semula kesan2 kerosakan kat kete tu dan amat menggembirakan walaupun sedih kete tu xdela mengalami kerosakan yang teruk..huhuhu...Kami pun rehat2 jap, semayang dulu pastu baru tukar tayar depan sebelah kiri dgn tayar spare (tayar depan sebelah kiri ada kesan koyak)..Aku lenjan la tayar tu sampai ke KL. Sepanjang perjalanan balik tu mmg rasa menyesal n kesian plak kat kete aku ni sebab aku akan gunakan dia lama, mungkin sehingga aku pencen nanti InsyaAllah..tapi ketentuan tuhan kita memang tak boleh nak elak. Bawa je ke bengkel, RM450 melayang nak bikin n cat semula bahagian sebelah kiri tu..Aduh, duit2....pastu siap sume barula aku hantar pegi 1st servis 1000km. Banyak pulak orang bengkel tu tanya. Nasib baik 1st servis tu tak mahal dalam rm105 je..Tayar pulak kena rm160. Tolak tu, tolak ni, tambah tu, darab ni jejak jugala dekat rm700 nak betulkan semula kete aku tu..Gaji bulan depan ni aku nk beli signal kiri tu pulak tak tukar2 lagi..Hujung bulan ni aku akan ke Felda Sg. Nerek, Felda Lurah Bilut & Felda Sg. Koyan..6, 7 dan 8 April pula aku akan ke Jengka, Mempaga dan Gua Musang dan yang pastinya kudrat kereta ni amat aku perlukan untuk membawa aku ke tempat2 tu..Harap dia akan menjadi teman aku yang paling setia.



p/s : Moral of the story - Kalau mengantuk masa drive, sila berhenti rehat di mana-mana kawasan rehat terdekat.