Saturday 13 October 2012

Ciri-ciri Kedai Mamak (Just My Sense ^_^)

  1. Tanpa kita memanggil, sebaik sahaja kita duduk di meja kedai mamak, dengan pantasnya pekerja kedai mamak berkenaan akan datang untuk mengambil order.
  2. Sebaik pekerja tu datang kat meja kita, walaupun meja tersebut tidak kotor, beliau akan terus mengelap-ngelap meja tu sambil menyebut perkataan “order incik….”.
  3. Order - Pekerja kedai mamak sangat cekap apabila mengambil order pelanggan tanpa menggunakan pen & kertas. Ada sesetengah pekerja kedai mamak tersebut akan terus menjerit pesanan kita tanpa kita pasti samada tukang masak ataupun tukang buat air mendengar atau tidak jeritan si pengambil order itu tadi.
  4. Cepat & Pantas - Yang pasti apa yang kita order tadi akan dihantar ke meja kita dengan pantas & efisiennya. Cuma tinggal lagi hanya terdapat kes-kes terpencil yang mana apa yang kita pesan tidak sama seperti yang dihantar.
  5. Tahan Telinga - Untuk yang panas baran tu @ Lapar tahap maksimum, akan terus memarahi pekerja yang hantar order berkenaan. Pekerja kedai mamak yang dimarah tu dengan muka “derkkkkk” je/ wat bodoh tanpa menunjukkan mimik muka takut tapi cuma tersengih dan berjanji akan menggantikannya dengan order yang sebenar, pelanggan yang takut nak marah diluar pun akan berani nak marah di kedai mamak (sebab salah hantar order).
  6. Port Menonton Bola - Waktu-waktu hujung minggu kedai mamak akan membuat untung yang sangat tinggi apabila menayangkan perlawanan-perlawanan bola secara live. Si suami yang dirumah ada Astro pun akan menonton bola di kedai mamak bersama kawan-kawan. Kalau dah lepak mamak tengok bola, takkan tak order.


Thursday 19 April 2012

Pantun nukilanku bertajuk "Aku Dah Kahwin"(^_^)

Aku Dah Kahwin...

Dulu Aku Seorang, Sekarang Aku Berdua,
Bila Bangun Tidur, Muka Sisi Bersua,
Rasa Macam Tak Biasa, Tapi Aku Suka,
Sebab Apa Aku Suka, Aku Punyer Suka Ler....

Aku Dah Kahwin...

Dulu Aku Makan Kat Kedai, Sekarang Aku Makan Kat Rumah,
Mulut Kata "Tak Sedap", Tapi Aku Tambah,
Penangan Masakan Bini, Sampai Rasa Nak Muntah,
Kata Bini "Itulah, Sape Suruh Mentekedarah".....

Aku Dah Kahwin...

Sebelum Pegi Kerja, Kena Iron Baju,
Sekarang Tak Payak Pikir Dah, Sebab Bini Dah Tolong Aku,
Bila Bangun Dok Termenung, Mata Masih Dok Kuyu,
Kalau Aku Tidor Balik, Komfem Bini Bantai Dengan Kayu....

Aku Dah Kahwin...

Siti Faseha Nama Isteriku,
Muka Cantik, Sangatlah Ayu,
Handal Di Dapur, Buat Kerja Semua Laju,
Terima Kasih Isteriku, I LOVE YOU!!!


Sekian, terima kasih.

p/s : Pantun ini tiada kena mengena samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ikhlas dariku:-)