Wednesday 24 June 2009

Aku dan Cendawan

Selain daripada kerja makan gaji, aku ni juga adalah seorang yang suka meniaga. Dulu masa belajar xdela giat sgt meniaga tapi ade gak aku try2 jual topup. Walaupun untungnyer xdela besar mana tapi at least dpt gak aku kutip pengalaman meniaga tu. Tapi tensen gak sebenarnya meniaga ni. Rugi tu kalo boleh memang xnak tapi nk wat mcm mn, bisnes topup yg aku wat dulu tu terlampau byk hutang lapuk yg aku kena hapuskira, almaklumlah pelanggan2 tetap aku sume member2..huhuhu..bercakap pasal bisnes ni, aku teringin nk wat satu bisnes sampingan tapi aku xtau la plak pluang2 bisnes sampingan tu mcm mn & risiko yg ada. Nk wat pendapatan pasif pun duit aku xde nak melabur. So aku pikir bidang pertanian adalah slh satu cara untuk kita jana pendapatan. Mcm mn nk mula plak? Tanah pun aku xde....Tapi pada aku bisnes dalam bidang pertanian yang aku boleh join dgn modal yang kecil adalah bisnes tanaman cendawan. Dalam kepala otak aku ni dok berangan2 nanti aku nk bina satu bangsal belakang umah aku kt kampung, pastu time tu aku pn dh pandai nk buat botol cendawan tu sendiri (beli boleh tapi kos kita mesti mau kurangkan), cendawan aku tu pulak bila dia dh tumbuh, gemuk2 dan gebu2, semua kedai kat area kota tinggi pun akan order dari aku, tapi tu cume angan-angan je coz aku ni pn kuat berangan..Benda ni pun berlaku secara tak sengaja apabila akak-akak kat ofis aku keje tu sume sibok beli botol cendawan tu dari sorang akak tu yg dtg ke ofis kitorang (xpasti sape yg dok ajak dtg). Biasela pompuan bila dah sorang kalot, yg lain pn ikot kalot nak beli botol cendawan tu jugak.


Aku yg mmg dalam kepala ni minat ngan perusahaan cendawan ni pn sibok jugak nk tau ape la yg diorang dok bising2 sgt tu. Sebagai permulaan, aku try beli 2 buah botol cendawan untuk aku try buat kt umah makcik aku ni..2 botol tu aku selitkan kt grill tingkap cermin dalam bilik air. Botol cendawan tu untuk pengetahuan korang semua perlu sentiasa berada di dalam keadaan suhu yang lembab. Pastu cendawan ni jugak sensitif kepada bau-bauan seperti minyak wangi, boleh merencatkan pertumbuhan cendawan kononnya..Tunggu punyer tunggu lepas 2 minggu (Waktu jangka kuar) tak jugak kuar cendawan aku tu, akak2 kt ofis yg beli botol cendawan tu saing ngan aku dh pun kuar cendawan diorang (Dah hadam dalam perut pun!!!)....Tapi aku x panik pun sebab tujuan aku beli tu pun sebab nak try2 je tgk hasilnyer mcm mn..Tapi satu ptg tu time aku balik keje, elok aku nk p bilik air mata aku terpandang botol cendawan aku tu dah pun menampakkan hasilnyer..selepas hampir sebulan aku menunggu, x sia2 la usaha aku (usaha menunggu je la, siram2 xde pn)...


Jadi aku nak syorkan kepada kawan2 sume yg mana2 berminat nak bertani, salah satu drpd cabang tani yg kita boleh ceburi adalah di dalam bidang penanaman cendawan. Korang sume boleh jenguk blog ni http://www.projekcendawan.blogspot.com/ untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Berbudi kepada tanah tak rugi.
PS : Kagum tak korang sume ngan aku??hehehe...

Saturday 13 June 2009

Masuk Jun - Bulan Ni 8 Hari Aku Outstation, YES!

Masuk je bulan Jun ni bermakna dah setengah tahun dah kita sume berada dalam tahun 2009. Ini bermakna ada 6 bulan lagi nak abes tahun ni. Dalam sibuk kita bercakap pasal El-Nino sekarang (September br ok), jerebu, Ronaldo pindah (Huhu), Selsema Ba.Alif.Ba.Ya etc., aku pulak bakal menyibukkan diri kat Serting dan Jengka dr 19-24 Jun 2009 sebagai askar pengiring kakitangan yang datang dari Sabah untuk ke Temasya Sukan FT. Rasa bahagia pulak tak masuk ofis 6 hari tu tp terpaksa menyibukkan diri untuk menguruskan kedatangan diorang sume start diorang sampai ke LCCT sehinggalah diorang naik plane ke Sabah pada 24 Jun nanti. Namun begitu, sementelah ketiadaan aku selama 6 hari tu nanti dimulakan dengan kegilaan untuk menyiapkan kerja di ofis sebelum hari keberangkatan kami pada 19 hb. Ini bermakna, kerja yang perlu dilangsaikan pada tempoh ketiadaan itu nanti perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan pertimbunan kerja apabila balik dari outsation.


Sumber Gambar : www.infomalaya.com

Aik, br 6 hari. Lagi 2 hari mana??..Ya, 2 hari lagi pada hujung bulan, 29 dan 30 Jun pula seperti biasa merupakan hari aku n bos aku pergi buat stock taking. Di mana? kali ini di Gedangsa dan Felda Sg. Tengi Selatan. Aku plan baru je nak balik umah tapi br aku teringat bulan lepas br je aku balik..so bulan ni aku ingat nak balik Muar je la, layan Karaoke Box kat sebelah Wetex Parade. Dalam tempoh 8 hari ni juga bermakna tak dapatlah aku surf internet..huhu..pasti hidup ni membosankan kalau benda2 berteknologi seperti internet ni xde kat sekeliling kita. So pesanan aku pada hadirin sekalian sentiasalah memakai topeng muka apabila ingin keluar ke mana2 sekarang ni. Topeng muka 2 in 1, bagi mencegah jerebu dan selsema Ba.Alif.Ba.Ya....MR