Tuesday 21 April 2009

Berjalan Lagi?

Aku tak tahulah kenapalah bahu ni sakit sangat. Aku rasa sebab selalu sangat usung Laptop pergi kerja tiap2 hari kot..Tapi start minggu lepas tiap pagi aku tumpang staf yang dok kat area umah makcik aku ni pergi kerja. So pagi2 jimatlah sikit duit belanja aku tak perlu naik bas pagi2..Sebenarnya aku segan nak tumpang dia tiap pagi tapi orang berbudi, kita pun merasalah sama. Dalam perancangan nak beli motor tapi nak beli pun bukan dengan bulu ketiak dan air liur je..duit nak kena kumpul..huhuhu..
30 April 2009 ni nampaknya berjalan lagilah aku..ke mana? Ke Kerayong di Pahang sana, kena wat stock tacking di D'Agro Kerayong. Actually this is my 1st experience buat stock tacking..Bila tanya member2 yang dah pergi diorang kata senang je tapi tak tahulah tahap kesenangan tu macam mana. Setiap orang punyer persepsi dan penerimaan kan berbeza..Agaknya 29 hb tu dah gerak ke sana coz stock taking ni start daripada pagi so takkan la kitorang nak gerak ke Pahang pagi2 buta..Mau rabak mata bila drive kereta nanti. Aku sebenarnya suka gak pergi outstation ni, dapat berjalan pusing2 pergi tengok tempat orang. Tapi haritu dah pergi Pahang, ni pergi lagi..Aku nak pergi Terengganu or Kelantan pulak..huhu..tapi aku tak kesah, janji masyuk..hehehehe..
Bulan depan pulak tanggal 1 Mei 2009 merupakan Sambutan Hari Buruh / Pekerja yang ke berapa entah aku pun tak tahu. Aku dah pun diminta oleh Bos untuk bersama-sama untuk menyambut Perhimpunan Hari Pekerja di Stadium Putra Bukit Jalil. Company aku diminta oleh Felda Holding untuk menghantar seramai 4 orang wakil di mana aku, Eksekutif aku, Manager aku dan staf aku..eh silap..staf kat tempat kerja aku akan menjadi wakil Felda Trading. Felda keseluruhannya akan disertai oleh seramai 100 orang pekerja pada hari perhimpunan tersebut. Yang pasti ini juga akan meninggalkan kenangan yang manis pada aku sebab jarang dapat menyertai perhimpunan besar seperti ni. Baju pun dah bagi size so aku pun dah tak sabar nak tengok apa jenis baju dia bagi untuk kitorang semua pakai masa hari perhimpunan itu nanti. Aku baru plan nak balik Johor time tu tapi nak buat macam mana. peluang ni bukan datang selalu kan.
Kepala hotak aku ni pun dah berkurangan sedikit bebannya coz Sepanjang menguruskan D.I ni dengan Berpuluh kes telah menyenakkan otak ni daripada berehat. Report D.I pun dah siap dan tunggu masa je untuk di present kan ke Jawatankuasa Perjawatan..Demam batok pun baru je nak baik..Alhamdullillah..tapi sekarang K.L tengah dilanda hujan. Boleh dikatakan tiap pagi hujan akan turun. Kalau boleh minta dijauhkan dari sebarang penyakit lagi tapi kalau terlekat juga penyakit ni, bersyukur juga coz akan menyucikan dosa-dosa kecil kita tu:-) Aku pun berdoa pada kawan-kawan dan pembaca sekalian agar sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki selalu. Jangan lupa sembahyang Subuh sebab Subuh tu la yang membuka pintu rezeki kita setiap pagi..Lagi satu aku nak kongsi petua menghilangkan penat badan lepas letih bekerja. Ada seorang hamba Allah tu emailkan kat aku Petua ni (macam tau2 je:-p)..Sebelum tidur tu, berzikir dulu Subhanallah 33x, Alhamdullillah 33x dan Allahhuakbar 33x. Lepas zikir tu jangan gatal2 nak bercakap pulak, terus je tidur. Insyaallah esok pagi bangun badan segar. Amalkan selalu bagi mereka yang kuat bekerja macam aku..hehehe..MR

Friday 10 April 2009

Aku bercakap pasal POLITIK?

Aku tak paham dah dgn. situasi politik kat Malaysia..Kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dah jadi mcm doa kt mulut diorang (Kerajaan or pembangkang same je). Ramai gak yang tanya aku ni sokong parti mana..Wat masa skang ni aku tak ingin nk sokong mana2 parti politik. Kalau ada PILIHANRAYA esok pn aku ingat nak pangkah BEBAS je la..Lantaklah BEBAS tu dok berat ke Kerajaan or Pembangkang, janji aku pangkah..hehehe..Mengundi ni hak dan tanggungjawab kita setiap 5 tahun jadi kepada sesiapa yang belum mendaftar tu sila pergi mendaftar. Guna alamat sendiri, jangan guna alamat orang lain..Nanti ade org cakap korang ni pengundi hantu plak walaupun hantu sendiri xde alamat rumah:-p
Pastu aku nak ucap Selamat Berkhidmat Kepada Perdana Menteri yang ke-6, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan barisan kabinetnya yang baru supaya dapat menjalankan tugas seiring dengan kehendak rakyat. Aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia ni cuma nakkan Negara ni sentiasa aman. Tu je..Kita sume pun taknak peristiwa 13 Mei berlaku lagi. Walaupun aku tak lahir lagi time tu tapi aku dengar cite dari opah ngan Maklong aku naik seram jugak dengar. Sebenarnya orang Melayu kita kena bersatu. kalau dah dalam melayu pun dok berpuak-puak alamatnya tak lama lagi Malaysia ni pun "orang" lain takeover. Malasla kan nak cakap pasal ni..Lu Orang PK La Sendirik!!!!..
Nak ucapkan tahniah juga kepada Ahli Yang Berhormat yang baru je menang Pilihanraya kecil kat Bukit Gantang, Bukit Selambau dan di Batang Ai. Harap2 lepas ni korang2 yang terpilih tu buat ape yang dok janji2 masa nak raih undi dulu. Jangan bila dah menang terus tak ingat rakyat kat bawah yang dok mangkah YB dulu. Yang kalah pulak jangan dok frust menonggeng. Adatla tu kan. Walaupun tak terpilih sebagai wakil rakyat, tak semestinya kita lepas tangan je ngan rakyat kat kawasan tu. Bantu2 la ape yang patut. Kalau YB rasa tak mampu nak pikul amanah yang rakyat dah bagi, baik YB undur diri je sebab tu adalah AMANAH yang rakyat dah bagi untuk mewakili diorang kat dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Rasanya semua orang pun tahu apa balasannya kalo melanggar amanah ni. Paling Berat Amanah ni kalau dibuat pertimbangan. Jadi YB, peringatan dari saya sila jaga amanah tersebut dengan sebaiknya, Kalau tidak, anda akan dipersoalkan bila dah kat sana. Saya juga ingin berpesan dan memperingatkan perkara ini kepada diri saya sendiri dan orang lain semua.
Selamat Berjuang!