Friday 16 October 2009

Al-Fatihah Buat Adik

Tanggal Jumaat semalam (17 Oktober 2009) genap seminggu adik aku yang bongsu (Arwah Mohd Aiman bin Mohamd Esa) pergi meninggalkan kami sekeluarga. Sudah semestinya pemergian arwah meninggalkan kesan yang amat mendalam terutamanya kepada emak aku atas pemergian beliau selamanya. Gelagat, gelak, ketawanya akan pasti kami rindui selalu. Dialah adik yang paling aku sayang. Last kami berjumpa adalah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Arwah tidaklah menunjukkan sikap yang pelik sepanjang kami di rumah pada masa tersebut tapi ketentuan tuhan ajal, maut dan jodoh di tangan-Nya. Yang pergi tetap akan pergi & yang tinggal perlulah meneruskan kehidupan seperti biasa. Along Sayang Adik. Al-Fatihah.

Saturday 3 October 2009

Jana Pendapatan Dengan Hanya Menghantar E-mail

Program penjanaan pendapatan ini sangat sesuai kepada mereka yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan terutamanya kepada Pelajar-pelajar IPTA (saya bermula pada masa ini), surirumah, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta mahupun penganggur..cukup hanya dengan menggunakan email & internet anda sudah boleh bermula menjana pendapatan serendah RM20 sehari mengikut kerajinan & ketekunan anda menjalankan program ini.
Kepada mereka yang berminat, bolehlah komen pos saya ini besertakan nama dan alamat email agar saya boleh emailkan maklumat selanjutnya kepada anda berkenaan dengan program ini. "Langkah Hari Esok Bermula Pada Hari Ini".
Sekian, Wassalam.