Monday 22 August 2011

Aku & Bola

Aku & Bola? Kenapa tiba2 je aku tulis pasal ni? Waktu aku tulis citer ni jam pukul 3.50 pagi & sedang menonton live perlawanan antara MU vs Tottenham Hotspur menerusi internet melalui laman http://www.ar-rifke.com/2010/12/live-streaming-tonton-bola-live-di-ar-rifke.html. Aku malas nak mengulas 1st half game ni walaupun kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang seimbang tanpa sebarang serangan yang merbahaya. 2,3 percubaan ke arah pintu gol diselamatkan dgn jayanya oleh penjaga gol kedua-dua pasukan. Yang pasti game pagi ni MU menggunakan sepenuhnya pemain2 muda mereka sedangkan 'otai2' MU yang lain cuma duduk di tepi padang (mcm dh terulas je)...

Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku membesar dgn menonton bola. Boleh dikatakan aku ni kaki tengok bola. Dulu masa di kampung masa tu astro pun takde lagi, masa tu kalau nak tengok bola cuma harapkan TV RTM je la tayang samada game Piala Malaysia ataupun Champions League. Masa tu astro mana ada lagi, rasanya around tahun 2000 kot barula orang dok sibuk2 pasal astro, dah millenium. Maklumlah rumah kampung, rumah pulak dok bawah bukit. Siaran TV memang susah nak dapat. Ariel TV rumah aku waktu tu aku ingat hampir sama tinggilah dgn pokok kelapa kat belakang rumah nun. Tiap kali ada game akan disiarkan di TV live aritu, aku akan pastikan siaran TV yang berkenaan akucuba clearkan pada petang tu jugak. Selagi tak terang, selagi tula aku akan cuba terangkan..biasanya yang jadi mangsa pusingkan ariel tu adik aku la...hehehe..Kalau2 lepas hujan lagi syok sebab kebiasaannya siaran TV akan lebih terang daripada biasa. Kalau game tu jam 2,3 pagi, malam sebelum diorang lain tidur aku akan suruhdiorang tolong pusingkan ariel tu dulu. Betul2 nak pastikan takkan ada gangguan masa game berlangsung. Sampai macam tu sekali. Bila diingat semula, rasa nak tergelak pun ada.

Bila dari kecik sampailah aku tingkatan 5 bersekolah di kampung, jadi kebanyakan waktu aku menonton bola sudah pastinya di rumah. Ada ketikanya jugak siaran yang aku nak tengok sangat tu terganggu dek kerana siaran TV yang tak berapa nak clear. Bila dah tak clear tu mulalah aku naik angin. Bila asyik sangat TV tu semakin lama semakin tak clear, aku berazam nanti bila aku dah kerja, aku akan pastikan yang setiap game yang aku nak tengok, aku akantengok sepuas-puasnya samada di stadium ataupun di kedai-kedai mamak. Agaknya sebab dah selalu sangat TV tu tak cleardan tiap kali tu jugaklah aku berdoa, doa aku pun dimakbulkan. sekarang aku bekerja di KL. Tiap kali ada game, tiap kali jugakla aku melepak di kedai-kedai yang tayang bola..Mana-mana game yang melibatkan Malaysia pulak aku mmg tak ketinggalan ke stadium untuk bagi sokongan. Rasa bahagia sangat bila kita menonton bola tanpa ada sebarang gangguan..Hehehe..

Okla, aku malas nak tulis panjang2 pagi ni, aku nak sambung tengok 2nd half, so aku ucapkan Selamat Bersahur kepada korang semua...Tata(^^,)


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & BULAN KEMERDEKAAN

Hahaha..Macam pelik je dah masuk Ramadhan ke 22 barulah aku terhegeh-hegeh nak ucapkan Selamat Ramadhan. Orang kata 'its better than nothing' (aku belasah je tu)..Hehehe..Tak lupa jugak nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua Rakyat Malaysia yang bakal menyambut Bulan Merdeka & Bulan Syawal serentak. InsyaAllah. Yang pasti aku akan bercuti seminggu balik kampung di Johor. Kepada kawan2 sekampung yang nak ajak beraya, Raya ke-3 baru aku free. Datanglah rumah aku di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor.

Yang pasti pintu rumah aku akan sentiasa terbuka menyambut kedatangan kawan2 & sahabat2 sekalian. Raya tahun ni genap 2 tahun arwah adik pergi meninggalkan kami. Yang pasti tiada lagi gelak ketawa riang dia di pagi Syawal menuntut duit raya dari kami. Terlalu awal rasanya beliau pergi meninggalkan kami namun begitu Allah lebih sayangkan dia. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Al-Fatihah. Sehingga artikel ini ditulis, aku masih lagi belum beli baju raya untuk dipakai pada pagi raya nanti. Entah mcm mana, sampin je yang aku sempat beli. Yang lain2 belum sempat lagi. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi. Harap2 dapat baju raya yang lebih murah kalau beli last2 minit ni...Korang tau tak kat mana ada jual baju raya yang murah tapi cantik??Hehehe...

Pantun Jenaka

Terasa begitu lama aku tak update blog aku ni..Sebelum ni hasrat aku buat blog ni sebenarnya nak kongsi cerita & pengalaman tapi nampaknya semangat menulis tu sedikit terbantut memandangkan kerja yang banyak di office sedikit sebanyak menganggu keinginan aku nak menulis. Untuk kesekian kalinya, post pertama aku untuk Tahun 2011 aku nak kongsikan sedikit pantun jenaka yang mungkin ada antara korang semua yang pernah baca @ terbaca. Tapi sebagai mukadimah, aku nak jugak kongsikan dengan korang.So harap semua enjoy(^_^)

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap