Friday 10 April 2009

Aku bercakap pasal POLITIK?

Aku tak paham dah dgn. situasi politik kat Malaysia..Kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dah jadi mcm doa kt mulut diorang (Kerajaan or pembangkang same je). Ramai gak yang tanya aku ni sokong parti mana..Wat masa skang ni aku tak ingin nk sokong mana2 parti politik. Kalau ada PILIHANRAYA esok pn aku ingat nak pangkah BEBAS je la..Lantaklah BEBAS tu dok berat ke Kerajaan or Pembangkang, janji aku pangkah..hehehe..Mengundi ni hak dan tanggungjawab kita setiap 5 tahun jadi kepada sesiapa yang belum mendaftar tu sila pergi mendaftar. Guna alamat sendiri, jangan guna alamat orang lain..Nanti ade org cakap korang ni pengundi hantu plak walaupun hantu sendiri xde alamat rumah:-p
Pastu aku nak ucap Selamat Berkhidmat Kepada Perdana Menteri yang ke-6, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan barisan kabinetnya yang baru supaya dapat menjalankan tugas seiring dengan kehendak rakyat. Aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia ni cuma nakkan Negara ni sentiasa aman. Tu je..Kita sume pun taknak peristiwa 13 Mei berlaku lagi. Walaupun aku tak lahir lagi time tu tapi aku dengar cite dari opah ngan Maklong aku naik seram jugak dengar. Sebenarnya orang Melayu kita kena bersatu. kalau dah dalam melayu pun dok berpuak-puak alamatnya tak lama lagi Malaysia ni pun "orang" lain takeover. Malasla kan nak cakap pasal ni..Lu Orang PK La Sendirik!!!!..
Nak ucapkan tahniah juga kepada Ahli Yang Berhormat yang baru je menang Pilihanraya kecil kat Bukit Gantang, Bukit Selambau dan di Batang Ai. Harap2 lepas ni korang2 yang terpilih tu buat ape yang dok janji2 masa nak raih undi dulu. Jangan bila dah menang terus tak ingat rakyat kat bawah yang dok mangkah YB dulu. Yang kalah pulak jangan dok frust menonggeng. Adatla tu kan. Walaupun tak terpilih sebagai wakil rakyat, tak semestinya kita lepas tangan je ngan rakyat kat kawasan tu. Bantu2 la ape yang patut. Kalau YB rasa tak mampu nak pikul amanah yang rakyat dah bagi, baik YB undur diri je sebab tu adalah AMANAH yang rakyat dah bagi untuk mewakili diorang kat dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Rasanya semua orang pun tahu apa balasannya kalo melanggar amanah ni. Paling Berat Amanah ni kalau dibuat pertimbangan. Jadi YB, peringatan dari saya sila jaga amanah tersebut dengan sebaiknya, Kalau tidak, anda akan dipersoalkan bila dah kat sana. Saya juga ingin berpesan dan memperingatkan perkara ini kepada diri saya sendiri dan orang lain semua.
Selamat Berjuang!

No comments: