Friday 16 October 2009

Al-Fatihah Buat Adik

Tanggal Jumaat semalam (17 Oktober 2009) genap seminggu adik aku yang bongsu (Arwah Mohd Aiman bin Mohamd Esa) pergi meninggalkan kami sekeluarga. Sudah semestinya pemergian arwah meninggalkan kesan yang amat mendalam terutamanya kepada emak aku atas pemergian beliau selamanya. Gelagat, gelak, ketawanya akan pasti kami rindui selalu. Dialah adik yang paling aku sayang. Last kami berjumpa adalah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Arwah tidaklah menunjukkan sikap yang pelik sepanjang kami di rumah pada masa tersebut tapi ketentuan tuhan ajal, maut dan jodoh di tangan-Nya. Yang pergi tetap akan pergi & yang tinggal perlulah meneruskan kehidupan seperti biasa. Along Sayang Adik. Al-Fatihah.

1 comment:

AyuMayau said...

iwan, banyak kan bersabar ye..