Monday 22 August 2011

Aku & Bola

Aku & Bola? Kenapa tiba2 je aku tulis pasal ni? Waktu aku tulis citer ni jam pukul 3.50 pagi & sedang menonton live perlawanan antara MU vs Tottenham Hotspur menerusi internet melalui laman http://www.ar-rifke.com/2010/12/live-streaming-tonton-bola-live-di-ar-rifke.html. Aku malas nak mengulas 1st half game ni walaupun kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang seimbang tanpa sebarang serangan yang merbahaya. 2,3 percubaan ke arah pintu gol diselamatkan dgn jayanya oleh penjaga gol kedua-dua pasukan. Yang pasti game pagi ni MU menggunakan sepenuhnya pemain2 muda mereka sedangkan 'otai2' MU yang lain cuma duduk di tepi padang (mcm dh terulas je)...

Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku membesar dgn menonton bola. Boleh dikatakan aku ni kaki tengok bola. Dulu masa di kampung masa tu astro pun takde lagi, masa tu kalau nak tengok bola cuma harapkan TV RTM je la tayang samada game Piala Malaysia ataupun Champions League. Masa tu astro mana ada lagi, rasanya around tahun 2000 kot barula orang dok sibuk2 pasal astro, dah millenium. Maklumlah rumah kampung, rumah pulak dok bawah bukit. Siaran TV memang susah nak dapat. Ariel TV rumah aku waktu tu aku ingat hampir sama tinggilah dgn pokok kelapa kat belakang rumah nun. Tiap kali ada game akan disiarkan di TV live aritu, aku akan pastikan siaran TV yang berkenaan akucuba clearkan pada petang tu jugak. Selagi tak terang, selagi tula aku akan cuba terangkan..biasanya yang jadi mangsa pusingkan ariel tu adik aku la...hehehe..Kalau2 lepas hujan lagi syok sebab kebiasaannya siaran TV akan lebih terang daripada biasa. Kalau game tu jam 2,3 pagi, malam sebelum diorang lain tidur aku akan suruhdiorang tolong pusingkan ariel tu dulu. Betul2 nak pastikan takkan ada gangguan masa game berlangsung. Sampai macam tu sekali. Bila diingat semula, rasa nak tergelak pun ada.

Bila dari kecik sampailah aku tingkatan 5 bersekolah di kampung, jadi kebanyakan waktu aku menonton bola sudah pastinya di rumah. Ada ketikanya jugak siaran yang aku nak tengok sangat tu terganggu dek kerana siaran TV yang tak berapa nak clear. Bila dah tak clear tu mulalah aku naik angin. Bila asyik sangat TV tu semakin lama semakin tak clear, aku berazam nanti bila aku dah kerja, aku akan pastikan yang setiap game yang aku nak tengok, aku akantengok sepuas-puasnya samada di stadium ataupun di kedai-kedai mamak. Agaknya sebab dah selalu sangat TV tu tak cleardan tiap kali tu jugaklah aku berdoa, doa aku pun dimakbulkan. sekarang aku bekerja di KL. Tiap kali ada game, tiap kali jugakla aku melepak di kedai-kedai yang tayang bola..Mana-mana game yang melibatkan Malaysia pulak aku mmg tak ketinggalan ke stadium untuk bagi sokongan. Rasa bahagia sangat bila kita menonton bola tanpa ada sebarang gangguan..Hehehe..

Okla, aku malas nak tulis panjang2 pagi ni, aku nak sambung tengok 2nd half, so aku ucapkan Selamat Bersahur kepada korang semua...Tata(^^,)


No comments: